Tuesday 15 May 2012

Isu Yuran RM200 : Jgn Susahkan Kerajaan Negeri.

REKTOR PERLU TAMPIL MENJAWAB SEGALA PERMASALAHAN KUIN
Melihat kepada situasi kebelakangan ini  pelbagai permasalahan dalaman KUIN  telah menjadi bualan umum dengan isu-isu yang berlaku seperti berikut :
  •           Kenaikan Yuran yang mendadak kepada pelajar Ijazah Pengajian Islam daripada RM 60 kepada RM 200 per/jam kredit
  •           Caj yang tidak masuk akal RM 25 kepada pemohon baru yang ingin menyemak status permohonan kemasukan.
  •           Wujudnya seorang yang telah dijatuhkan hukuman mahkamah kerana kesalahan berkaitan pengurusan kewangan dan beliau kini sedang berkhidmat di dalam Insaniah Holdings
  •           Masalah Kewangan sehingga pembayaran pembiyaan pinjaman bank, dan institusi kewangan yang telah dipotong daripada gaji staf tidak di buat berbulan-bulan.

Friday 11 May 2012

KEMENANGAN 5 MAHASISWA KUIN DI MAHKAMAH TINGGI


Saya mewakili semua mahasiswa KUIN dan mahasiswa Utara mengucapkan tahniah kepada 5 orang mahasiswa KUIN yang telah menang di dalam proses mahkamah membatalkan keputusan jawatankuasa tatatertib KUIN yang menjatuhkan hukuman gantung satu hingga dua semester pengajian pada tahun lalu.

Keputusan ini menggambarkan kepincangan pengurusan KUIN yang bertindak tidak menggunakan kewarasan dan rundingan dalam menyelesaikan isu pelajar. Pelajar yang terkena tempiasan masalah dalaman KUIN kerana krisis kewangan KUIN hanya menuntut hak mereka , kebajikan mereka dan mahasiswa bebas bersuara.