Friday 11 May 2012

KEMENANGAN 5 MAHASISWA KUIN DI MAHKAMAH TINGGI


Saya mewakili semua mahasiswa KUIN dan mahasiswa Utara mengucapkan tahniah kepada 5 orang mahasiswa KUIN yang telah menang di dalam proses mahkamah membatalkan keputusan jawatankuasa tatatertib KUIN yang menjatuhkan hukuman gantung satu hingga dua semester pengajian pada tahun lalu.

Keputusan ini menggambarkan kepincangan pengurusan KUIN yang bertindak tidak menggunakan kewarasan dan rundingan dalam menyelesaikan isu pelajar. Pelajar yang terkena tempiasan masalah dalaman KUIN kerana krisis kewangan KUIN hanya menuntut hak mereka , kebajikan mereka dan mahasiswa bebas bersuara.

Pada 10 Mei yang lalu Hakim Mahkamah Tinggi, Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan keputusan Kuin itu melampaui kuasa

"Perintah perisytiharan bahawa kaedah-kaedah Kojej Universiti Insaniah (Tatatertib Pelajar 2007) adalah ultra vires di bawah Seksyen 46 (1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

"Perintah deklarasi/perisytiharan bahawa Kaedah-kaedah Kolej Universiti Insaniah (Tatatertib Pelajar) 2007 juga ultra vires,"

5 mahasiswa KUIN  diwakili peguam Azhana Mohd Khairudin manakala Kuin diwakili, peguam Karpal Singh.
Pelajar terbabit terdiri Mohd Faiz Mohd Arshad, 29; Muhamad Aiman Che Ab Razab, 23;  Mohd Azlan Mat Zain, 32; Ahmad Remi Mohd Aras, 25 dan Zulkhilatif Marzukh.

Kemenangan ini memberi isyarat bahawa mahasiswa akan terus bangkit untuk menyatakan kebenaran dan membela hak-hak mahasiswa kerana hak bersuara dilindungi oleh Undang-undang Malaysia. –end-

No comments:

Post a Comment